Pesakit Mental Boleh Sembuh

Perkataan ‘Gila’ menggambarkan istilah diskriminasi terhadap pesakit mental. Gila melambangkn seseorang individu yg kurang siuman dan hilang akal sama sekali terlepas drpd Rukun Islam. Seseorang yang menghidap penyakit mental tidak semestinya gila dan semua orang gila adalah pesakit mental kronik.

Stigma pandangan negetif masyarakat terhadap pesakit mental amat  teruk sekali terutamanya di kalangan masyarakat luar bandar kerana pengetahuan mereka tentang penyakit mental amat cetek sekali kerana kurangnya pendedahan tentang isu kesihatan mental bahkan ada di kalangan mereka berpendapat pesakit mental hanya wajar di rujuk kepada bomoh ataupun pawang sahaja daripada di rawat di klinik psikiatri di hospital.

Masayrakat terutamanya dr kalangan luar bandar lebih cenderung memandang pesakit mental atau ‘Skizofrenia’ sebangai penyakit rohani akibat buatan org ataupun saka keturunan. Jadi tidak hairanlah jikalau seseorg itu mengalami gangguan awal psikosis keluarga pesakit lebih cenderung utk menghantar pesakit kpd perubatan tradisional iaitu bomoh ataupun pawang terlebih dahulu.

Statistik menunjukkan jika seseorg yang mengalami gangguan psikosis pada peringkat awal iaitu dr 6 bulan hingga 2 tahun jika dirujuk pd hospital dan memakan ubat antipsikotik dgn teratur dan mengikut preskripsi peratusannya untuk sembuh adalah tinggi. Stigma masyarakat jika menghantar pesakit ke wad psikiatri akan dicop sbg orang gila wajar dihapuskan. Tidak salah utk berubat secara tradisional tetapi perlu ditegaskan rawatan susulan terhadap pesakit di hospital mestilah diwajibkan.

Terdapat segelintir pawang ataupun bomoh tidak mengesyorkan pesakit untuk mengambil ubat antipsikotik kerana didakwa sbg pil tidur. Tetapi perlu diingtkan jika pesakit tidak memakan ubat langsung sama sekali pesakit akan mengalami gangguan psikosis yang lebih buruk dan serius. Pesakit akan mula mengalami kehilangan sel-sel saraf yg dikenali sbg ‘Grey Matter’ di bahagian belakang otak yg mengakibatkan halusinasi dan delusi yang serius. Kebanyakan pesakit mental dalam tahap ini akan mendengar ‘suara syaitan’ dan ‘nampak hantu’ yg sebenarnya adalah khayalan dan jelmaan ilusi di otak akibat ketidak seimbangan lebihan bahan kimia di dalam otak yg dikenali dgn ‘Depomin’.

Pengambilan ubat antipsikotik yg berterusan boleh menstabilkan Depomin dan mengelakkan kehilangan sel saraf Grey Matter drpd lebih teruk. Dengan ini pesakit dpt pulang ke pangkuan keluarga dan pergaulan dlm komuniti masyarakat dapat di realisasikan hasil pengetahuan positif masyarakat terutamanya keluarga pesakit mental tentang penyakit Skizofrenia.

Leave a comment